Polis rampas dadah RM21,584

Dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut.
Dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut.
A
A
A

PENDANG - Dua lelaki ditahan bersama 467 gram dadah pelbagai jenis bernilai RM21,584 ketika bertembung dengan kereta polis peronda di Kampung Padang Pusing malam semalam.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, ketika menjalankan tugas ronda cegah jenayah sekitar 12.30 malam semalam, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Sungai Tiang bertembung dengan sebuah Proton Wira Aeroback warna kelabu dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan Perumahan Keda Sungai Tiang.

Menurutnya, polis mengekori kereta berkenaan sehingga kereta suspek berhenti di tepi sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Padang Pusing.

“Hasil pemeriksaan polis menjumpai beg galas berwarna hitam di lantai tempat duduk penumpang hadapan yang mengandungi sembilan paket plastik lut sinar berisi serbuk ketulan putih disyaki heroin 440.6 gram, enam paket plastik lut sinar berisi serbuk hablur jernih disyaki syabu seberat 26.40 gram,” katanya.

Dadah dan beg yang dirampas daripada dua suspek di Kampung Padang Pusing malam semalam.
Dadah dan beg yang dirampas daripada dua suspek di Kampung Padang Pusing malam semalam.

Arriz Sham berkata, turut dijumpai alat pemetik api, gunting besi, alat penimbang digital warna perak, peket plastik lut sinar berisi plastik-plastik lut sinar yang belum digunakan disyaki untuk membungkus dadah serta beg duit berwarna hitam.

“Kedua-dua suspek dan barang kes dirampas untuk tindakan lanjut. Polis tidak menjumpai apa-apa barang salah ketika pemeriksaan lanjut dilakukan ke atas tubuh suspek,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, suspek pertama berusia 23 tahun yang juga penganggur memiliki tiga kes kesalahan lampau berkaitan dadah.

“Suspek kedua berusia 38 tahun memiliki lapan kes kesalahan lampau berkaitan dadah dan dua kes jenayah serta tidak bekerja,” katanya.