Celcom raikan Hari Malaysia dengan hadiah istimewa buat pelanggan

No Image Caption
A
A
A

BERITA baik eksklusif buat pelanggan Celcom, bersempena meraikan hari istimewa iaitu Hari Malaysia pada tanggal 16 September ini, Celcom menawarkan hadiah istimewa kepada semua pelanggannya iaitu tawaran terhad untuk satu hari ini sahaja (16 September 2019).

Celcom menawarkan kepada kesemua pelanggan prabayar Celcom Xpax, untuk menikmati SATU JAM INTERNET PERCUMA TANPA HAD dengan Ultra Hour Pass dan dengan kemudahan akses internet berkelajuan tinggi tanpa had di mana-mana, pada bila-bila masa sahaja.

Bagi pelanggan pascabayar Celcom Mobile dan pascabayar Celcom Xpax pula, pelanggan boleh menikmati 1GB internet secara PERCUMA!

Kesemua tawaran ini hanya sah dalam masa 24 jam pada 16 September 2019 dan boleh ditebus melalui aplikasi Celcom Life App sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutif, Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi berkata, Celcom berbangga untuk turut sama meraikan perayaan yang menyemarakkan semangat perpaduan dan kemakmuran kesemua rakyat Malaysia.

"Tawaran ini juga merupakan hadiah penghargaan yang begitu kecil daripada kami buat pelanggan, dalam sama-sama meraikan keharmonian dan perpaduan bersama negara ini,” kata beliau.

Jadi jangan tunggu lama-lama lagi, dapatkan tawaran istimewa ini dengan segera, hari ini sahaja.

Artikel Berkaitan:

"Selamat Hari Malaysia!" - Idham