Tiada lagi jualan kontrak, AP dan lesen: Dr Mahathir

Dr Mahathir (tengah) pada Sidang Media selepas Mempengerusikan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri Mengenai Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 di Bangunan Perdana Putra hari ini. -Foto Bernama
Dr Mahathir (tengah) pada Sidang Media selepas Mempengerusikan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri Mengenai Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 di Bangunan Perdana Putra hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak membenarkan sebarang aktiviti jualan kontrak, permohonan permit import (AP) dan lesen kepada pihak ketiga.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya akan memastikan hanya mereka yang layak sahaja menerima kontrak, AP dan lesen daripada kerajaan.

"Sekarang tidak benarkan jualan lesen dan pastikan hanya yang layak sahaja," katanya.

Menurutnya, kerajaan menyediakan latihan kepada sesebuah syarikat sehingga mencapai kelayakan.

"Kalau dia tak layak, tiada duit, tidak tahu bisnes, tidak berkemahiran, tiba-tiba diberi kontrak ia tidak mencapai objektif.

"Dulu kita beri banyak peluang kepada semua orang tetapi mereka menjualnya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Kemakmuran Bersama 2021-2030 di pejabatnya di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga fokus utama kurangkan jurang kemiskinan

Dalam sidang media itu, kerajaan juga bersetuju memberi tumpuan terhadap tiga fokus utama termasuk jurang antara negeri-negeri kaya dan miskin dalam Dasar Kemakmuran Bersama.

Artikel Berkaitan:

Dr Mahathir berkata, jurang antara negeri miskin perlu dikurangkan.

"Ini bermakna negara akan memberi tumpuan kepada negeri miskin agar dapat mempertingkatkan pendapatan mereka," katanya.

Menurutnya, kerajaan juga mendapati wujud jurang ketara penduduk bandar dari luar bandar.

Perdana Menteri berkata, kerajaan perlu mempertingkatkan pendapatan penduduk dengan menyediakan latihan.

"Tingkatkan pendapatan bukan dengan naik gaji tetapi meningkatkan keupayaan pekerja supaya lebih produktif," katanya.

Dr Mahathir berkata, kerajaan juga bersetuju untuk memberi keutamaan terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).