Anak Orang Asli susah nak sekolah...

Majoriti anak-anak Orang Asli Kampung Kuala Koh tercicir dalam pelajaran kerana masalah pengangkutan. Gambar kecil, Raina.
Majoriti anak-anak Orang Asli Kampung Kuala Koh tercicir dalam pelajaran kerana masalah pengangkutan. Gambar kecil, Raina.
A
A
A

GUA MUSANG - Lebih 60 pelajar Orang Asli di Kampung Aring 5 dan Kampung Kuala Koh, tercicir dalam pelajaran sejak tahun lalu.

Mereka memilih untuk tidak ke sekolah kerana masalah pengangkutan sehingga menyukarkan mereka untuk ke sekolah dan pulang ke kampung halaman.

Penghulu Kampung Aring 5, Raina Anjang berkata, pelajar dari dua kampung berkenaan ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paloh.

Bagaimanapun, pelajar berdepan kesukaran untuk pulang ke kampung halaman kerana pengangkutan yang disediakan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) hanya sebulan sekali.

"Di SMK Paloh, pelajar dibenarkan pulang dua minggu sekali di mana kantin akan ditutup setiap dua minggu.

"Semua pelajar pulang setiap dua minggu namun pelajar Orang Asli perlu tinggal di asrama kerana tiada pengangkutan.

"Bila mereka terpaksa tinggal di asrama, bekalan makanan tiada kerana kantin ditutup. Oleh sebab itu, ramai yang pulang sendiri dan enggan pergi lagi," katanya lagi.

Artikel Berkaitan: