Empat nelayan warga Indonesia ditahan

Warga Indonesia ditahan polis marin.
Warga Indonesia ditahan polis marin.
A
A
A
JOHOR BAHRU - Padah melanggar syarat lesen, empat nelayan warga Indonesia yang menaiki sebuah bot pukat tunda ditahan Polis Marin Wilayah 2 (PPMW2), semalam.

Komander PPM2, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, meraka ditahan kira-kira jam 9.00 malam, di kedudukan 4.8 batu nautika dari Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi.

“Tangkapan dibuat ketika bot ronda PSC 59 mendapati bot nelayan berkenaan sedang menunda pukat dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat empat orang kru termasuk tekong berusia antara 18 hingga 41 tahun dipercayai warganegara Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Paul berkata, bot tunda itu ditahan kerana melanggar syarat sah lesen mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985.

No Image Caption



“Mereka didapati menangkap ikan kurang dari enam batu nautika daripada kawasan pantai. Kami kemudiannya membawa bot dan anak kapal ini ke Jeti Jabatan Perikanan Kuala Sedeli untuk siasatan lanjut.

“Pemeriksaan lanjut di atas kapal itu turut menemui hasil tangkapan pelbagai jenis ikan yang dianggarkan seberat 1,000kg,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut memberi ingatan kepada semua pengusaha bot nelayan untuk tidak melanggar undang-undang dan syarat yang termaktub di dalam lesen.

Artikel Berkaitan:


“Saya berharap pihak terbabit tidak semata-mata mementingkan keuntungan sahaja mengabaikan nasib komuniti nelayan persisir pantai.

“Kami juga akan melaksanakan operasi secara berterusan di perairan Laut Cina Selatan untuk membendung sebarang perlanggaran Akta Perikanan 1985,” katanya.