Venezuela sedia pertahan tanah air

Jorge Arreaza
Jorge Arreaza
A
A
A

GENEVA - Kerajaan Venezuela sedia mempertahankan diri daripada sebarang campur tangan tentera asing selepas Amerika Syarikat (AS) memohon perjanjian serantau yang mungkin membenarkan langkah itu.

Menteri Luarnya, Jorge Arreaza berkata, mereka bersedia untuk melindungi diri sendiri dan bersedia untuk bertindak balas.

"Kami tidak akan membiarkan sesiapa memijak tanah Venezuela. Kami akan bertindak balas dan berharap kejadian itu tidak akan berlaku," katanya pada sidang media selepas bertemu ketua hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Michelle Bachelet semalam.

Venezuela mula dibelenggu masalah politik sejak Januari lalu selepas pembangkang Juan Guaido mengisytiharkan dirinya sebagai presiden sementara sekali gus menolak keputusan pilihan raya pada Mei 2018 yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Presiden Nicolas Maduro.

Tindakan kontroversi itu mendapat pengiktirafan segera dari Washington dan beberapa sekutunya.

Pembangkang yang disokong AS mendakwa Maduro merampas kuasa dan mahu beliau meletak jawatan. Bagaimanapun, caracas menolak dakwaan tersebut. - Press TV

Artikel Berkaitan: