Sentuhan lima jurutera wanita indahkan Jeddah

Lima jurutera wanita telah dilantik bagi mengindahkan lagi bandar Jeddah.
Lima jurutera wanita telah dilantik bagi mengindahkan lagi bandar Jeddah.
A
A
A

JEDDAH - Majlis Perbandaran Jeddah melantik lima jurutera wanita Arab Saudi bagi mencantikkan Jeddah atau dikenali sebagai Ratu Laut Merah dalam usaha untuk meningkatkan kualiti kehidupan pelancong di taman itu.

Salah seorang jurutera Samaher Bakhsh mengakui tugas mereka bukan mudah, namun dia yakin dapat menukar cabaran tersebut menjadi peluang keemasan sekali gus membaik pulih dan mengindahkan bandar berkenaan dengan kerjasama pentadbiran datuk bandar.

Bagi Mariam Attar, antara lain tugas mereka adalah mereka bentuk cawangan bangunan perbandaran dan mengubah suai tepi laut.

"Apabila memulakan kerja mereka bentuk taman, kami cenderung untuk memenuhi keperluan semua segmen masyarakat.

"Ia termasuk mengambil kira semua akses melalui laluan pejalan kaki, penyediaan tandas di taman dan reka bentuk permainan kanak-kanak di kawasan yang jauh dari kenderaan," katanya.

Pelantikan lima jurutera wanita tersebut adalah sebahagian usaha datuk bandar untuk melaksanakan Wawasan Kerajaan 2030 yang ingin memperkasakan wanita dalam pelbagai sektor pekerjaan.

Antara tugas mereka termasuk merancang dan mencantikkan taman serta menguruskan kemudahan awam. - Saudi Gazette

Artikel Berkaitan: