Cantas ahli baharu: Bersatu akan senasib dengan Umno

Tun Dr  Mahathir Mohamad
Tun Dr  Mahathir Mohamad
A
A
A

PUTRAJAYA - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kesedihannya tatkala mendengar perkhabaran bahawa wujud budaya mencantas orang baharu dalam parti.

Kata Dr Mahathir, jika budaya itu dibiarkan, Bersatu bakal menerima nasib yang sama seperti Umno.

"Saya amat sedih bahawa ada ketua bahagian yang menyingkirkan orang yang sudah ada jawatan. Dan tidak sanggup terima orang baharu sebab kemungkinan orang baharu lebih pandai dan dia akan kalah.

"Dalam politik ada masa kita menang dan adakala kalah. Kita terima dan lawan sekali lagi. Tetapi untuk tentukan kita tidak kalah maka kita tidak benar orang lain masuk (Bersatu), kita akan tinggal jadi ketua bahagian tapi (kita) tidak ada ahli," katanya dalam ucapan penggulungannya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini.

Tambah Dr Mahathir, apabila itu berlaku akhirnya parti Bersatu akan hancur.

"Lihat apa yang jadi kepada Umno dan ia boleh jadi kepada kita kalau kita tidak ikut kelakuan yang baik bagi, ada peraturan yang kita kena patuhi .

"Kalau parti kita menang sedikit sebanyak kita dapat nikmat dan kalau kalau parti kita hancur, itu (kemenangan) tidak ada makna lagi kalau parti kita hancur," katanya.

Artikel Berkaitan: