X

Kindly register in order to view this article
!

Pembahagian kerusi Pas, UMNO akan diselesaikan dengan baik

Tuan Ibrahim berucap dalam Ceramah Perdana Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Meskipun ramai yang memperkatakan bahawa bakal wujud masalah dalam soal pembahagian kerusi apabila penyatuan ummah antara Pas dengan UMNO berlaku, parti tersebut menegaskan ia akan diselesaikan dengan baik.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana apabila kedua-dua parti duduk bersama pihaknya akan membina kekuatan tersendiri.

"Majoriti rakyat Malaysia adalah Melayu, jadi pemimpin itu perlu dipilih daripada kaum majoriti bagi memastikan kestabilan negara.

"Jaminan kami muafakat Pas dan UMNO kita akan membina ummah yang tidak sesekali mengetepikan hak bukan Islam dalam negara kerana penduduknya berbilang bangsa," katanya Ceramah Perdana Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Katanya, penyatuan ummah adalah asas kepada memperteguhkan perjuangan agama, bangsa dan negara.

"Muafakat ini akan kita pelihara kerukunan. Atas muafakat ini kita berjanji menguruskan ekonomi, perpaduan kaum dan perundangan diletakkan atas ajaran agama Islam.

"Apa yang berlaku pasa hari ini dan esok bukan hanya melibatkan Pas dengan UMNO tetapi semua.

"Dunia melihat kesatuan ummah ini disaat negara Asia Barat mereka berpecah-belah. Kita bina kekuatan supaya menjadi model kepada negara luar," katanya.

Menurutnya, sekiranya bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih hidup pasti beliau gembira dengan penyatuan ummah ini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, permuafakatan Pas dan UMNO sangat dibimbangi Pakatan Harapan (PH).

"Mereka tidak boleh menyembunyikan ketakutan, sebab itulah mereka memberi gambaran bahawa kerjasama Pas dan UMNO akan berlaku masalah perkauman dan bakal mewujudkan negara taliban.

"Mereka sibuk untuk semak siapa suami isteri antara Pas dan UMNO. Sebenarnya mereka yang perlu semak jantina," katanya.

Jelasnya, kerajaan hari ini tidak akan kekal lama kerana ditubuhkan atas dasar fitnah.

"Kita mampu bangkit dengan kebangkitan rakyat menolak kerajaan hari ini. Kebatilan mungkin dapat menarik keyakinan kerana sifat batil bertentangan dengan fitrah manusia dan tidak kekal lama.

"Pada saya tidak ada parti yang dapat menguruskan ahli dengan baik melainkan Pas dan UMNO sehingga ke peringkat akar umbi," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!