Polis Thai nafi bayi dijual dalam talian

Iklan bayi yang kononnya dijual atas talian di daerah Prachuap Khiri Khan telah mencetuskan kemarahan orang ramai.
Iklan bayi yang kononnya dijual atas talian di daerah Prachuap Khiri Khan telah mencetuskan kemarahan orang ramai.
A
A
A

BANGKOK - Polis Thailand menafikan dakwaan seorang bayi berusia 5 bulan dijual dalam talian dan menganggap perkara tersebut disalah anggap segelintir netizen.

Iklan dalam talian tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai selepas ia tular di platform media sosial awal minggu ini.

"Kekeliruan yang timbul disebabkan salah faham. Bayi tersebut bukan untuk dijual," kata jurucakap polis Prachuap Khiri Khan, Surasak Suksawang.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Sosial dan Keselamatan, Chuti Krairikshah berkata, pihaknya berjaya menjejaki ibu bayi berkenaan kelmarin.

Menurutnya, wanita berusia 22 tahun itu yang turut mengalami masalah pendengaran tinggal bersama kedua orang tuanya di daerah Hua Hin.

"Kami tidak tahu bagaimana gambar bayi itu boleh tersiar di internet," kata Chuti.

Tambah Chuti lagi, wanita terbabit diberikan bantuan bulanan 600 Baht (RM82.18) sebulan daripada kementeriannya. - Agensi

Artikel Berkaitan: