Sinar baharu dua beradik warga emas

Duduk dari kiri: Kok Onn, Kwai Yee, Lai Yee dan Kok Ngaw (baring) bersama buat kali terakhir di rumah sewa yang didiami sejak kecil sebelum dua daripada mereka berpindah ke tempat baharu hari ini.
Duduk dari kiri: Kok Onn, Kwai Yee, Lai Yee dan Kok Ngaw (baring) bersama buat kali terakhir di rumah sewa yang didiami sejak kecil sebelum dua daripada mereka berpindah ke tempat baharu hari ini.
A
A
A

IPOH - Dua beradik warga emas yang tinggal di sebuah rumah usang di No 15, Jalan Chuk Kai, Falim di sini mendapat sinar baharu apabila dipindahkan ke sebuah pusat jagaan warga emas di Ampang Baru di sini hari ini.

Abang mereka, Ng Kok Onn, 79, berkata, dia gembira apabila Ng Kok Ngow@Ng Kok Yoong, 74, dan Ng Lai Yee, 70, dapat tinggal dalam keadaan yang lebih selesa selepas ini.

Menurutnya, Kok Ngow hanya terlantar akibat lumpuh sejak dua tahun lalu dijaga oleh Lai Yee selain dia dan seorang lagi adik, Ng Kwai Yee, 76, turut bergilir-gilir setiap hari menguruskan adik mereka itu.

"Saya sangat gembira dengan berita ini. Walaupun terpaksa meninggalkan rumah yang diduduki sejak kecil, mereka dapat tinggal di tempat yang lebih selesa. Terima kasih kepada MCA kerana membantu.

"Tempat baharu mereka juga tak jauh, jadi bolehlah saya jenguk mereka setiap hari seperti biasa," katanya ketika proses memindahkan dua beradik terbabit yang diuruskan oleh Biro Pengaduan dan Khidmat Awam MCA Perak di Jalan Chuk Kai, Falim di sini hari ini.

Lai Yee (dua dari kanan) bersama Kok Ngaw (berkerusi roda) kini gembira di tempat baharu yang lebih selesa dengam bantuan MCA Perak.
Lai Yee (dua dari kanan) bersama Kok Ngaw (berkerusi roda) kini gembira di tempat baharu yang lebih selesa dengam bantuan MCA Perak.

Turut serta, Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Perak, Low Guo Nan dan pasukannya.

Kok Onn berkata, sebelum ini dia akan menaiki motosikal setiap hari daripada rumahnya di Bandar Botani, manakala Kwai Yee pula akan menaiki bas daripada rumahnya di Gunung View untuk menjenguk kedua-dua adiknya itu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Lai Yee berkata, dia teruja untuk tinggal di rumah baharu bersama adiknya dan rakan-rakan baharu di pusat jagaan berkenaan.

Sebelum ini, Sinar Harian pernah menyiarkan keresahan mereka yang mengharapkan bantuan pelbagai pihak untuk meringankan beban ditanggung khususnya Kok Ngow dan Lai Yee yang tidak berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat beradik warga emas harap bantuan