Penyatuan UMNO-Pas kejayaan paling besar PH

Shahril Hamdan - Foto: Sharifudin Abdul Rahim & Zahid Izzani
Shahril Hamdan - Foto: Sharifudin Abdul Rahim & Zahid Izzani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kejayaan paling besar Pakatan Harapan (PH) selepas mereka memerintah bukanlah berkaitan isu pendidikan atau menaikkan ekonomi orang muda.

Sebaliknya, Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan Sufian mendakwa, kejayaan paling besar PH ialah menyatukan dua parti iaitu UMNO dan Pas yang selama ini tidak boleh bersama.

“Tetapi hari ini dua parti ini bersama. Yang memudahkan penyatuan kita ialah dua-dua parti kita terdiri daripada orang Melayu dan Islam.

“Dulu dalam satu keluarga pun ada satu baju hijau dan satu baju merah. Bila raya boleh beraya bersama tapi nak cakap pasal politik agak sukar.

“Tapi sekarang tiada masalah lagi. Inilah hikmah dan kejayaan paling besar PH. Tahniah Pakatan Harapan,” katanya seraya disambut tepukan dan laungan takbir daripada penonton.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada program Townhall Anak Muda Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini petang tadi.

Artikel Berkaitan: