Tubuh kerajaan atas dasar fitnah tidak akan kekal

Fadhli - Foto: Sharifudin Abdul Rahim
Fadhli - Foto: Sharifudin Abdul Rahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ucapan Pemuda Pas ketika Townhall Anak Muda Himpunan Penyatuan Ummah yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini mendapat perhatian hadirin apabila isu kejayaan Pakatan Harapan (PH) menubuhkan kerajaan dibangkitkan.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Fadhli Shaari mendakwa, kejayaan PH itu hasil daripada fitnah terhadap parti lawan.

"PH tujukan fitnah bahawa Pas menerima wang sebanyak RM90 juta daripada UMNO.

"Sampai sekarang ia tidak boleh dibuktikan. Kerajaan yang didirikan atas dasar fitnah ia tidak akan kekal lama," katanya.

Beliau berkata, tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan kerajaan PH apabila enam bulan pertama mentadbir negara, mereka telah berhutang sebanyak RM58 bilion.

"Apa nak dibanggakan dengan kedudukan ringgit berbanding dolar sekarang berada di paras rendah.

"Saya tinggal di Pasir Mas, Kelantan dekat dengan selatan Thailand.

"Bila bawa ringgit ke sana jauh bezanya sekarang. Rasa malu nak hanyutkan di Sungai Golok.

Artikel Berkaitan:

"Saya bukan menghina tapi apa yang boleh dibanggakan dengan PH?" soalnya.

Pemuda UMNO dan Pemuda Pas merakamkan gambar kenangan selepas Town Hall Anak Muda Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC hari ini. - Foto: Sharifudin Abdul Rahim
Pemuda UMNO dan Pemuda Pas merakamkan gambar kenangan selepas Town Hall Anak Muda Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC hari ini. - Foto: Sharifudin Abdul Rahim

Fadhli berkata, menteri yang menjaga Islam pada hari ini dilihat seolah-olah menjaga agama di negara ini.

"Apa yang boleh dibanggakan dengan PH apabila ada perarakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di ibu kota Kuala Lumpur. Sampai sekarang tiada apa-apa tindakan.

"Pihak yang menguasai kerajaan pada hari ini adalah DAP.

"Sebab itu saya sangat sedih dengan keadaan sekarang, di mana nasib anak muda juga bagaikan tidak diambil peduli," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan mengatakan perkahwinan Pas dan UMNO tidak akan bertahan lama, beliau mempersoalkan, antara PKR dengan DAP siapa suami?.