Tiga beradik nyaris berhenti sekolah

Tiga beradik, K. Sri Devi Ashivini, 11, K. Shri Rajiv, 15 dan K. Sri Vashinivi, 16, gembira sebaik menerima sumbangan kelengkapan persekolahan daripada Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan Dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee, semalam.
Tiga beradik, K. Sri Devi Ashivini, 11, K. Shri Rajiv, 15 dan K. Sri Vashinivi, 16, gembira sebaik menerima sumbangan kelengkapan persekolahan daripada Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan Dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee, semalam.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Tiga beradik hampir melupakan hasrat untuk bersekolah gara-gara keluarga tidak mampu membeli barangan kelengkapan asas persekolahan.

Mereka adalah K Sri Devi Ashivini, 11, K Shri Rajiv, 15 dan K Sri Vashinivi, 16, yang tinggal bersama ibunya, S Kausalya, 40, seorang ibu tunggal, di Rumah Pangsa Banda Hilir di sini.

Menurut, Kausalya, dia hanya bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai makan dengan pendapatan sekitar RM30 sehari.

"Saya tidak mampu untuk menyediakan kesemua kelengkapan persekolahan anak kerana tidak cukup duit di samping mempunyai pelbagai masalah kesihatan seperti darah tinggi, kencing manis dan masalah penglihatan.

"Sebahagian besar pendapatan terpaksa saya gunakan untuk membeli ubat-ubatan selain daripada keperluan asas rumah yang lain" katanya.

Kausalya berkata, masalah berkenaan dapat diselesaikan apabila dia menghubungi Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan Dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee menerusi Whatapps selepas memperolehi nombor telefon wakil rakyat berkenaan dari seorang pemilik kedai runcit.

"Mulanya anak-anak saya pergi membeli sekampit beras di sekolah kedai runcit berhampiran rumah kami. Pekedai berkenaan bertanyakan soal persekolahan mereka, jadi mereka ceritakan segala masalah yang dihadapi termasuk kemungkinan tidak dapat meneruskan persekolahan kerana tiada duit.

"Ekoran itu, pekedai berkenaan telah menyarankan kami menghubungi Exco berkenaan dan dalam jam 6.30 petang semalam saya menghantar WhatApps kepadanya.

Artikel Berkaitan:

"Kami benar-benar bersyukur dan berterima kasih kepada YB kerana tidak menyangka dalam masa sejam YB hantar teksi untuk bawa anak-anak membeli segala barangan kelengkapan sekolah," katanya.

Sementara itu, Norhizam ketika dihubungi memaklumkan sebaik dihubungi ibu kepada tiga beradik berkenaan, beliau telah meminta pengawainya untuk menyiasat perkara tersebut dan akhirnya mendapati keluarga berkenaan memang layak dibantu.

"Kami telah membelikan pakaian seragam sekolah, beg, lencana, alat tulis, buku serta pakaian kokurikulum di sebuah pusat membekal peralatan sekolah di Aked Ayer Leleh yang kesemuanya berjumlah RM950.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pembekal sudi melanjutkan operasi perniagaan mereka walaupun pada ketika itu mereka telah menutup premis ketika kami sampai ke sana.

"Seperkara lagi, saya berharap pihak sekolah dapat mempertimbangkan semula untuk menerima semula ketiga-tiga pelajar ini untuk ke sesi persekolahan 2019," katanya.