Imigresen Terengganu tahan 60 PATI

Ahmad Salihin memeriksa dokumen milik warga asing yang ditahan di sekitar Hentian Bas MBKT hari ini.
Ahmad Salihin memeriksa dokumen milik warga asing yang ditahan di sekitar Hentian Bas MBKT hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Niat sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk menghabiskan masa cuti dengan bersiar-siar di sekitar bandaraya tidak kesampaian apabila mereka dicekup dalam operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia Terengganu di sini pagi tadi.

Mereka ditahan di Pasar Pagi Gong Pauh dan kawasan sekitar Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini yang dikenal pasti menjadi tumpuan warga asing pada hari cuti khususnya hujung minggu.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia Terengganu, Ahmad Salihin Salleh berkata, operasi bermula jam 7 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari itu melibatkan seramai 30 anggota penguatkuasa.

PATI yang ditahan dibawa ke Unit Penguatkuasa Imigresen Terengganu untuk pemeriksaan lanjut.
PATI yang ditahan dibawa ke Unit Penguatkuasa Imigresen Terengganu untuk pemeriksaan lanjut.

"Dalam operasi kali ini, lebih 200 warga asing diperiksa dan daripada jumlah itu, seramai 60 ditahan selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada warga Myanmar, Bangladesh, Indonesia, Thailand, Nepal dan India yang berusia 13 hingga 50 tahun.

"Mereka dibawa ke Unit Penguatkuasa Imigresen Terengganu untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Ajil, Kuala Berang," katanya.

Beliau berkata, antara kesalahan yang dikesan ialah tiada dokumen sah, tinggal lebih masa dan menggunakan kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) palsu.

Artikel Berkaitan: