Serbuan terhadap kumpulan Syiah ikut SOP

Mujahid
Mujahid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menegaskan serbuan oleh pihak berkuasa agama terhadap kumpulan pengikut Syiah mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Mujahid berkata, tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap kumpulan tersebut di Selangor baru-baru ini mengikut SOP.

"Kita sudah pun mendapat maklum balas daripada menteri besar (Selangor) dalam mesyuarat MKI (Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia) kelmarin (Rabu lepas).

"Serbuan yang dilakukan di Selangor adalah bidang kuasa Selangor dan mengikut SOP, maka kita hormati tindakan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1441H Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Amiruddin sebelum ini turut dilaporkan berkata, serbuan dilakukan oleh JAIS terhadap kumpulan tersebut di Gombak adalah mengikut SOP JAIS.

ARTIKEL BERKAITAN: Serbuan JAIS ke atas markas syiah mengikut SOP: Amirudin

Markas syiah diserbu: Pengerusi antara ditahan

JAIS sebelum ini mengesahkan membuat serbuan di sebuah markas syiah dan menahan 21 pengikut ajaran sesat itu bersama ketuanya, Kamil Zuhairi Abdul Azizi, 9 Septerber lalu.

Artikel Berkaitan:

Pusat kegiatan syiah yang diserbu di Gombak, 9 September lalu.
Pusat kegiatan syiah yang diserbu di Gombak, 9 September lalu.

Serbuan jam 9.45 malam itu melibatkan 25 pegawai JAIS terhadap mereka yang disiasat di bawah undang-undang syariah kerana penentangan fatwa dan amalan syiah.

Mereka dibawa ke Kompleks Islam Gombak untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan pada jam 5 pagi tadi.

Pusat kegiatan syiah yang diserbu di Gombak, 9 September lalu.
Pusat kegiatan syiah yang diserbu di Gombak, 9 September lalu.