Penunggang motosikal maut terbabas

Motosikal Honda Dash yang ditunggang mangsa.
Motosikal Honda Dash yang ditunggang mangsa.
A
A
A

JASIN - Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabas di Jalan Gapam, Bemban di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian lebih kurang jam 1 pagi, mangsa, Ibrahim Musa, 35, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian, mangsa yang juga pekerja swasta menunggang motosikal jenis Honda Dash seorang diri dalam perjalanan dari Jasin menghala ke Ayer Keroh.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan ketika melalui satu selekoh.

"Akibat insiden itu, mangsa terbabas ke bahu jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami cedera parah.

"Kes diklasifikasi mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: