Bapa dituduh bunuh anak kandung

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

LONDON - Seorang lelaki berusia 22 tahun di Greater Manchester, UK dituduh membunuh anak kandungnya yang berusia 11 bulan.

Menerusi laporan Independent, Zak Eko ditahan selepas anaknya, Zakari William Bennett-Eko ditemukan di Sungai Irwell di Radcliffe.

Zakari dibawa ke hospital berhampiran Blackburn Street ketika kejadian pada Rabu lalu.

Bagaimanapun, bayi itu meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Sementara itu, pihak berkuasa meminta mana-mana saksi yang mempunyai bukti rakaman video atau gambar tentang insiden itu supaya tampil kepada polis.

Menurut polis, siasatan awal mendapati bayi terbabit berada di dalam sungai itu selama beberapa jam.

Artikel Berkaitan: