Buli siber barah membinasakan

A
A
A

PADA sekitar Ogos lalu, penulis menerima mesej WhatsApp daripada pelajar yang memohon bantuan kerana dibuli menerusi media sosial. Telahan penulis tentang buli siber benar belaka kerana senario ini berada pada tahap serius ketika ini dan masyarakat perlu bersedia menghadapi ancaman berkenaan.

Buli siber atau cyberbullying dilakukan pembuli atau penyangak siber dengan menggunakan telefon bimbit, mesej segera, e-mel, chat room atau media sosial seperti Facebook dan Twitter yang semua ini berasaskan kepada cloud technology atau teknologi awan bertujuan mengganggu, mengancam atau mengugut seseorang. Buli siber juga sering dilakukan kanak-kanak seawal usia lapan tahun.

Ancaman buli siber telah didedahkan ALLAH sejak 1,420 tahun lalu tentang penyalahgunaan teknologi menerusi surah Al-Ahqaaf [46:24] bermaksud, “Maka tatkala mereka melihat azab itu berupa awan yang menuju ke lembah-lembah mereka, berkatalah mereka: "Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami". (Bukan)! bahkan itulah azab yang kamu minta supaya datang dengan segera (iaitu) angin yang mengandung azab yang pedih.”

Buli siber berleluasa kerana pembuli bersembunyi di belakang nama pengguna (username) yang menyembunyikan identiti sebenarnya. Kerahsiaan ini menjadikannya kita sukar untuk mengesan sumber sekali gus mendorong pembuli bertindak lebih agresif.

Perkara tersebut diakui Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM), Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab.Laporan kajian Pusat Penyelidikan Buli Siber Amerika (ACRC) menyebut buli siber termasuk tindakan membuat ancaman, menghantar penghinaan provokatif atau melumpuhkan kaum atau etnik, cuba menjangkiti komputer mangsa dengan virus dan membanjiri e-mel dengan pelbagai mesej.

ACRC mencadangkan kes buli siber ditangani dengan cara tidak bertindak balas terhadap mesej berbaur ancaman dan fitnah. Langkah lebih aktif termasuk menyenaraihitamkan senarai e-mel yang cuba untuk membuli, menukar alamat e-mel, menukar internet service provider (ISP) serta menukar akaun telefon bimbit.Laporan Compritech.com atau #cybercrimestatistics 2011-2019 menyebut Malaysia menduduki tempat keenam teratas antara 30 negara yang naik mendadak sebanyak 23 peratus pada 2018 berbanding 11 peratus pada 2011.

Laporan tersebut mendedahkan jenis teknologi digunakan oleh remaja. Kajian berkenaan penggunaan alat teknologi turut memberi satu persepsi yang perlu ditangani kerana telefon bimbit paling banyak digunakan iaitu 83 peratus diikuti Internet 50.8 peratus dan Facebook 50.1 peratus.

Ini membuktikan telefon bimbit dan internet sebagai dua media utama digunakan untuk buli siber. ALLAH mengingatkan manusia tentang penjagaan maklumat diri yang umpama angin panas seperti membakar segala kebaikan menerusi melalui surah Al-Baqarah [2:266] berbunyi, “Apakah ada salah seorang di antara mu yang ingin mempunyai kebun kurma dan anggur yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; di dalam kebun itu mempunyai segala macam buah-buahan, kemudian datanglah masa tua pada orang itu sedang dia mempunyai keturunan yang masih kecil-kecil. Maka kebun itu ditiup angin keras yang mengandung api, lalu terbakarlah. Demikianlah ALLAH menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu supaya kamu memikirkannya.”

Artikel Berkaitan:

ALLAH mengingatkan manusia tentang buli siber menerusi surah Al-Israa' [17:36-38] yang maksudnya, “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya; Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung; Semua itu kejahatannya amat dibenci di sisi Tuhan mu.”

Penulis meramalkan buli siber akan menjadi ‘barah penyakit’ yang akan meningkat dan memberi kesan buruk kepada masyarakat khususnya mangsa. Masyarakat perlu menguasai cara untuk mengesan serangan awal buli siber dan cara untuk melindungi mangsa.

Buli siber berleluasa kerana pembuli bersembunyi di belakang nama pengguna yang menyembunyikan identiti sebenarnya."