Manchester City kekal pilihan juara

Manchester City masih lagi calon pilihan bergelar juara Liga Perdana Inggeris 2019/2020.
Manchester City masih lagi calon pilihan bergelar juara Liga Perdana Inggeris 2019/2020.
A
A
A

BEKAS pemain Liverpool, Jamie Carragher mengakui Manchester City masih kekal menjadi pilihan untuk memenangi Liga Perdana Inggeris meskipun The Reds telah bermula cemerlang untuk musim 2019/2020.

Menurutnya, Liverpool telah membuat permulaan yang sempurna untuk kempen liga dengan memenangi empat perlawanan pembukaan sekaligus memimpin carta liga dengan kelebihan dua mata di depan City.

Carragher yang pernah menjulang trofi Liga Juara-Juara semasa kerjaya cemerlangnya di Liverpool, percaya City masih menjadi kegemaran walaupun skuad kendalian

Jurgen Klopp itu cuba memberi saingan cukup sengit terhadap anak-anak buah Pep Guardiola dalam mempertahankan gelaran mereka.

“Bagaimanapun saya fikir ia masih terlalu awal untuk memperkatakannya (perebutan juara) mungkin kita perlu menunggu sehingga Krismas. Saya menjangkakan persaingan antara Liverpool dan City akan mempunyai jurang yang besar menjelang penghujung tahun ini.

“Namun saya masih menganggap City adalah pasukan terbaik dalam Liga Perdana buat kali ini kerana mereka telah memenangi Liga Perdana sebelum ini dan berjaya mempertahankannya musim lalu.

“Saya rasa Liverpool mampu untuk mengatasi City tetapi skuad The Citizens itu masih berkemampuan untuk terus kekal berada di puncak,” jelasnya.

Selepas mengharungi empat perlawanan, Liverpool masih kekal di puncak liga dengan 12 mata dan Manchester City berada di tangga kedua (10 mata) manakala Leicester City yang meraih lapan mata di tempat ketiga.

Artikel Berkaitan:

Liverpool bakal menjadi tuan rumah ketika Newcastle United berkunjung ke Anfield manakala City bertemu Norwich City Sabtu ini untuk mengharungi perlawanan kelima mereka.