'Kedai selfie' di London jadi perhatian pengunjung

The Selfie Factory mempunyai 20 bilik khas yang boleh digunakan untuk mengambil gambar dan dimuat naik ke laman sosial.
The Selfie Factory mempunyai 20 bilik khas yang boleh digunakan untuk mengambil gambar dan dimuat naik ke laman sosial.
A
A
A

LONDON - Sebuah studio mini di London memberi peluang kepada mereka yang gemar berswafoto untuk mengambil sebanyak mungkin gambar dalam bilik-bilik khas yang dihias pelbagai tema menarik.

Terletak di Westfield, salah satu pusat beli-belah terbesar Eropah, The Selfie Factory mempunyai 20 bilik khas yang boleh digunakan untuk mengambil gambar dan dimuat naik ke laman sosial.

Antara yang menjadi perhatian termasuk bilik berdindingkan donut hiasan dan bilik dipenuhi bola berwarna merah jambu.

Pemiliknya Will Bower berkata, dia dan tunangnya gemar mengambil gambar di lokasi menarik ketika bercuti untuk dimuat naik ke Instagram namun ia seringkali penuh sesak dengan pengunjung.

Sehubungan itu, timbul idea untuk menyatukan pelbagai tema abstrak sesuai untuk Instagram di bawah satu bumbung.

Dengan bayaran £10 (RM51) pengunjung boleh meluangkan masa satu jam untuk mengambil gambar. AFP

Artikel Berkaitan: