Ibu berpantang kematian suami terima faedah Perkeso

Nur Atikah bersama anak bongsu berusia 15 hari.
A
A

SUNGAI PETANI - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semalam menyampaikan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) dan Pencen Penakat seumur hidup kepada balu bekas pemandu lori yang meninggal dunia dalam kemalangan, 28 Ogos lalu.

Nur Atikah Ahmad, 30, yang kini sedang berpantang kerana melahirkan anak kedua, 15 hari lalu bersyukur kerana semua pihak membantu melancarkan pengurusan pengebumian arwah suaminya dan mendoakan kesihatan keluarganya.

Faedah berkenaan disampaikan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar ketika kunjungan ke rumah keluarga Nur Atikah.

Nur Atiqah berkata, dia melahirkan anak kedua secara pembedahan sehari selepas pemergiannya suaminya.

Anak bongsu dilahirkan selepas sehari suami Nur Atikah meninggal dunia.
Anak bongsu dilahirkan selepas sehari suami Nur Atikah meninggal dunia.

"Walaupun sedih, saya perlu tabah membesarkan dua anak tanpa ayah mereka," katanya.

Menurutnya, dia yang kini menetap di rumah kedua orang tua di Kampung Sidam Kiri belum membuat keputusan sama ada ingin meneruskan pekerjaan sebagai kerani ataupun memberi sepenuh tumpuan membesarkan anak-anak.

Mohamad Hasni meninggalkan balu dan dua anak, Aiman Danish, 17 bulan dan Aiman Hafiz, 15 hari.
Mohamad Hasni meninggalkan balu dan dua anak, Aiman Danish, 17 bulan dan Aiman Hafiz, 15 hari.

Menceritakan kejadian, arwah Mohamad Hasni Wahab, 47, keluar mengambil anak angkat mereka di sekolah selepas menemaninya di hospital untuk persediaan bersalin.

"Selepas itu, saya menerima panggilan suami rebah akibat serangan jantung ketika sedang menunggu anak di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas," katanya.

Mahfuz hadir menziarahi Nur Atikah dan menyampaikan Faedah Pengurusan Mayat dan Pencen Penakat dari Perkeso.
Mahfuz hadir menziarahi Nur Atikah dan menyampaikan Faedah Pengurusan Mayat dan Pencen Penakat dari Perkeso.

Sementara itu, menurut Mahfuz, sumbangan FPM sebanyak RM2,000 dan Pencen Penakat sebanyak RM523.25 sebulan diharap dapat meringankan beban ibu tunggal berkenaan.

"Semakan mendapati waris layak menerima faedah kerana arwah meninggalkan seorang balu dan dua anak berusia setahun lima bulan dan anak bongsu berusia 15 hari," katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia