Kepimpinan DAP tak berwibawa: Presiden Gerakan

Dominic
Dominic
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menyifatkan kepimpinan DAP tidak berwibawa memandangkan pergolakan demi pergolakan berlaku dalam kalangan pemimpin parti itu.

Menurut Dominic, kekecohan pergolakan pemimpin DAP di Perak bukan lagi sesuatu yang baharu, sebaliknya seringkali berlaku sejak akhir-akhir ini termasuk peletakan jawatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam jawatankuasa DAP negeri semalam.

"Tindakan mereka berbuat demikian dipercayai disebabkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan berkaitan kedudukan Exco Kerajaan Negeri yang berhadapan dengan pertuduhan rogol di mahkamah.

"Keputusan tersebut bukan sahaja tidak dibincangkan, malah dilihat berat sebelah membelakangkan ahli jawatankuasa (AJK) lain. Malah, pelantikan AJK negeri dibuat berdasarkan komplot yang dirancang.

"Tindakan tidak rasional ini bukan sahaja mendapat tentangan, malah dikecam teruk dalam kalangan Exco kerajaan negeri," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, tidak hairanlah sekiranya pentadbiran kerajaan Pusat turut mempunyai pemimpin yang tidak berwibawa kerana trend itu telah menjadi budaya dalam kalangan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH).

ARTIKEL BERKAITAN: 2 ADUN DAP Perak letak jawatan dalam parti demi Paul Yong

Dua ADUN DAP semalam mengumumkan peletakan jawatan di dalam jawatankuasa DAP Perak.

ADUN Malim Nawar, Leong Cheok Keng berkata, beliau bersama ADUN Pokok Assam, Leow Thye Yih tidak berpuas hati dengan kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming di dalam akhbar berbahasa Cina berhubung perbincangan dalam PH mengenai kedudukan Exco kerajaan negeri, Paul Yong yang menghadapi pertuduhan merogol pembantu rumah.

Menurutnya, kenyataan tersebut disifatkan tidak wajar kerana ia tidak dibincangkan terlebih dahulu di dalam jawatankuasa DAP Perak.

Artikel Berkaitan: