Malaysia perlu penampan fiskal hadapi sebarang luar jangka

Dr Firas Raad
Dr Firas Raad
A
A
A

PUTRAJAYA - Terdapat keperluan bagi Malaysia untuk mewujudkan penampan fiskal bagi menangani sebarang luar jangka, kata Wakil Kumpulan Bank Dunia (WBG) Ke Malaysia dan Pengurus Negara, Dr Firas Raad.

"Nasihat kami secara am kepada kerajaan pada masa ini ialah memikirkan mengenai membina penampan fiskal mereka dan memastikan terdapat ruang fiskal yang mencukupi untuk menangani sebarang luar jangka yang mungkin wujud,” katanya kepada media selepas pelancaran WBG Report on Monitoring Occupational Shortages: Lesson From Malaysia's Critical Occupational List (COL) oleh Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran di sini hari ini.

Raad berkata, kerajaan sedang berusaha untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi tanpa menjejaskan disiplin fiskal dan menghadapi cabaran dalam mengimbangi kedua-duanya.

Sementara itu, katanya, Bank Dunia menjangka Malaysia mengekalkan sasaran defisit fiskal unjurannya sebelum ini sebanyak 3.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun depan apabila ia mengumumkan belanjawan Persekutuan pada Oktober.

Dalam laporan tahunan, Raad berkata, COL Malaysia merupakan platform inovatif untuk mengikuti perkembangan perubahan permintaan pasaran buruh berkaitan teknologi baharu, automasi dan Industri 4.0.

"Banyak negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia, menghadapi ketidakseimbangan antara permintaan buruh dan penawaran tetapi gagal menggunakan pelajar dan pencari kerja dengan berkesan dalam cara menangani ketidakseimbangan ini,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: