Mugabe disemadikan di kampung halaman minggu depan

Dua kanak-kanak lelaki melintasi lukisan mural bekas Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe di Harare.
Dua kanak-kanak lelaki melintasi lukisan mural bekas Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe di Harare.
A
A
A

HARARE - Bekas Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe akan dikebumikan selewat-lewatnya minggu depan di kampung halamannya di Kutama, kata keluarga mendiang hari ini.

Anak saudaranya, Leo Mugabe juga menjelaskan bahawa mayat Mugabe tidak akan disemadikan di Monumen Pahlawan Nasional di Harare.

"Mayatnya dijangka tiba di negeri Kutama pada malam Ahad dan disusuli dengan majlis pengebumian tertutup sama ada pada hari Isnin atau Selasa.

"Mendiang tidak akan disemadikan di Monumen Pahlawan Nasional. Itulah keputusan seluruh keluarga," katanya.

Mugabe, pemimpin gerila yang berkuasa selepas Zimbabwe bebas daripada cengkaman Britain dan memerintah selama 37 tahun dilapor meninggal dunia Jumaat lalu pada usia 95 tahun.

Kesihatannya semakin merosot sebaik digulingkan tentera pada November 2017. Difahamkan beliau berulang alik ke Singapura untuk mendapatkan rawatan sejak April lalu.

Pernah dikagumi sebagai pejuang kebebasan Zimbabwe daripada cengkaman kulit putih, Mugabe kemudian bertukar menjadi diktator yang cukup digeruni.

Jumaat lalu, Presiden Emmerson Mnangagwa mengisytiharkan tempoh berkabung di seluruh negara tanpa memberi maklumat lanjut. - AFP

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Robert Mugabe meninggal pada usia 95 tahun

Pemergian Mugabe tidak ditangis