Sila bertenang, hormati keputusan Anwar

Syed Badli
Syed Badli
A
A
A

SHAH ALAM -Keputusan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik beberapa jawatan penting dalam pimpinan PKR bersandarkan perlembagaan parti.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman berkata, semua pihak perlu bertenang dan menghormati keputusan dibuat Anwar berkaitan perlantikan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) kerana itu adalah kuasa presiden.

"Kuasa diperuntukkan kepada presiden untuk melantik beberapa jawatan penting termasuk naib presiden dan setiausaha agung bersandarkan perlembagaan parti.

"Tentunya presiden sudah teliti setiap pandangan dan melalui proses konsultasi sebelum sebarang keputusan diambil," katanya.

Justeru katanya, tindakan mempertikaikan keputusan presiden adalah perkara tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pimpinan kerana persepsi umum melihat terdapat keretakan hubungan di kalangan pimpinan tertinggi.

Menurutnya, selepas pemilihan parti, seluruh saf kepimpinan perlu berganding bahu untuk merealisasikan janji-janji kepada rakyat dan bukannya masih bercakar hal politik dalaman parti.

Katanya, rakyat menilai prestasi pimpinan parti menerusi kerja dilaksanakan, bukannya melalui percakaran.

"Setiap pimpinan boleh suarakan pandangan melalui saluran dalaman, bukannya memilih jalan melalui media kerana ia akan timbulkan persepsi negatif.

Artikel Berkaitan:

"Sehubungan itu, saya mohon semua pihak untuk bermuhasabah diri dan menerima segala keputusan demi kelangsungan survival PKR," katanya.