X

Kindly register in order to view this article
!

Autobinee tawar pengalaman pemilikan premium

PUSAT 3S baharu Proton di Pulau Pinang menawarkan suasana premium kepada para pelanggan yang datang berkunjung.
A
A

PROTON telah melancarkan satu lagi pusat 3S baharunya yang telah ditambah baik yang terletak di Jalan Air Itam, Pulau Pinang baru-baru ini.

Pusat berkenaan dikendalikan oleh Autobinee Oriental Sdn Bhd (Autobinee).

Penambahbaikan itu selaras dengan pelan Proton untuk menampilkan cawangan berwajah baharu dan terkini.

Premis itu antara lain menawarkan kemudahan jualan, servis dan alat ganti yang merupakan sebahagian strategi rangkaian Proton untuk menyediakan pengalaman pemilikan yang lebih baik kepada pelanggan.

Suasana premium dan kawasan menunggu pelanggan dijamin memberi keselesaan kepada pelanggan untuk melihat kereta-kereta baharu Proton dan menunggu kenderaan yang dihantar untuk diservis.

Sebagai tambah nilai, cawangan yang dibina dengan kos pelaburan sebanyak RM1 juta itu juga menyediakan kemudahan seperti Wifi percuma, ruang minuman dan tapak parkir yang banyak.

Cawangan 3S yang merupakan pertama di Pulau Pinang itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Radzaif Mohamed.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus