Isu pelantikan MPP: PKR Terengganu gesa ambil tindakan

Azan (tengah) ketika sidang media, hari ini.
Azan (tengah) ketika sidang media, hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - PKR Terengganu menggesa Biro Disiplin dan Tatatertib parti itu mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mempertikaikan keputusan rasmi pucuk pimpinan parti.

Pengerusinya, Azan Ismail berkata, tindakan itu perlu diambil tanpa memilih bulu bagi memastikan tidak wujud percanggahan pendapat yang dikhuatiri meresahkan ahli dan orang ramai.

"Saya gesa pucuk pimpinan di peringkat pusat tidak teragak-agak ambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang melanggar dan dilihat mencabar kedudukan undang-undang serta peraturan yang kita tetapkan.

"Tindakan itu perlu bagi menghenti dan menyelesaikan pertikaian berkenaan keputusan yang telah dibuat," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan mandat sebagai presiden parti melantik nama-mana yang dirasakan mampu memberikan wajah baharu dalam kepimpinan parti mendapat kritikan ahli-ahli parti itu sendiri.

Bermula dengan Pengerusi PKR Negeri di mana keputusan meletakkan anaknya Nurul Izzah Anwar untuk Pulau Pinang mendapat tentangan bekas pemimpin PKR, Latheefa Koya.

Susulan itu, Nurul Izzah melepaskan kesemua jawatan dalam parti.

Terbaharu, Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden (lantikan) turut mendapat kritikan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Artikel Berkaitan:

Mohamed Azmin berkata, pelantikan itu dilihat sebagai melanggar prinsip parti dan mahu Anwar meneliti semula perkara itu.

Biarpun PKR meraikan perbezaan pandangan dalam parti, namun, perlu ia perlu disalurkan mengikut saluran yang betul dan menghormati undang-undang serta peraturan parti.

"Keputusan presiden adalah inklusif dan kita telah putuskan dalam mesyuarat. Seharusnya ia dipatuhi semua komposisi kepimpinan.

"Sepatutnya, selepas tamat pemilihan, pihak yang janji nak bekerjasama perlu tunai janji. Jangan heret ahli menyimpang dari matlamat asal,” katanya.

Jelasnya, semua yang dilantik adalah untuk memperkukuhkan parti dan ia adalah kesiapsiagaan PKR sebagai parti induk dalam PH selain persiapan terbaik untuk hadapi PRU15," katanya.