Jerebu: IPU sangat tidak sihat, SK Parit Selangor ditutup

x-default
A
A

PONTIAN - Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Selangor ialah sekolah pertama di daerah ini yang ditutup susulan Indeks Pencemaran Udara ( IPU) sangat tidak sihat iaitu 234 dicatatkan setakat jam 8 pagi tadi.

Pegawai Pendidikan Daerah, Shaharuddin Basri Ibrahim mengesahkan perkara itu.

Pada Selasa lalu, seramai 14 calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR) SK Parit Selangor dipindahkan ke sekolah lain berikutan IPU di sekolah itu mencapai bacaan tidak sihat.

Selain itu, kedudukan sekolah dalam jarak 2km dari lokasi ladang tanah gambut seluas kira- kira 7.5 hektar di Jalan Johor - Pontian yang terbakar sejak minggu lalu mendedahkan risiko jerebu berpunca daripada asap kebakaran itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Johor, Aminolhuda Hassan melawat ke SK Parit Selangor yang mempunyai 129 murid kelmarin.

Sebuah alat pengukur bacaan IPU turut diletakkan di SK Parit Selangor oleh Jabatan Alam Sekitar pada minggu lepas.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia