Isteri kelar, tikam kemaluan suami angkara cemburu

IPOH - Angkara cemburu, seorang wanita bertindak mengelar dan menikam kemaluan suaminya menggunakan pisau dalam satu kejadian di sebuah rumah kedai di Jalan Bestari Meru, Jelapang malam tadi.
Kejadian sekitar jam 12.30 malam itu menyebabkan mangsa yang juga warga Sri Lanka berusia 40 tahun mengalami cedera parah di bahagian kemaluan dan leher.
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, kejadian disedari orang ramai selepas mangsa keluar dari kediaman itu bagi mendapatkan bantuan.
"Siasatan di lokasi kejadian telah menemui tompokan darah bermula dari tilam hingga ke luar bangunan. Sebilah pisau disyaki senjata yang digunakan suspek dalam kejadian itu turut dijumpai, senjata berkenaan didapati telah cuba dibersihkan.