Tiga sekolah di Johan Setia ditutup hari ini

Nota pada pintu pagar salah satu daripada dua sekolah yang ditutup.
Nota pada pintu pagar salah satu daripada dua sekolah yang ditutup.
A
A
A

KLANG - Tiga sekolah di Daerah Klang diarah tutup bermula hari ini susulan jerebu melanda kawasan Johan Setia yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Muhamad Radzi Abdullah berkata, tiga sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Johan Setia dan SK Jalan Kebun serta Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun.

Menurutnya, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor memutuskan penutupan tiga sekolah itu dalam mesyuarat semalam sebelum pamakluman dipanjangkan kepada pihak sekolah.

"Saluran media sekolah dan penampalan notis dilakukan untuk memberitahu kepada ibu-bapa dan pelajar sekolah terlibat ditutup.

 Muhamad Radzi Abdullah
Muhamad Radzi Abdullah

"Tempoh penutupan sekolah ini bergantung kepada bacaan IPU. Ia akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Jelasnya, arahan berkenaan selari dengan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bilangan 1/2019 mengarahkan sekolah ditutup sekiranya IPU sesuatu kawasan itu melebihi angka 200.

"Pihak sekolah perlu mengambil tindakan dengan menutup sekolah serta-merta sehingga keadaan kembali pulih.

Artikel Berkaitan:

"Penutupan sekolah bagaimanapun tidak menjejaskan pelaksanaan semua peperiksaan yang akan diteruskan seperti dijadualkan," katanya.