Johan Setia catat IPU sangat tidak sihat

Bacaan IPU bagi kawasan Johan Setia pada bacaan 213.
A
A

SHAH ALAM - Kualiti udara di Johan Setia di Klang mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) sangat tidak sihat iaitu pada bacaan 213.

Mengikut laman sesawang Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) sehingga jam 9 pagi tadi, sebanyak 16 stesen pula mencatatkan bacaan IPU tidak sihat antaranya Batu Muda (144) dan Cheras (127) di Kuala Lumpur, Putrajaya (128) dan lima kawasan di Selangor iaitu Kuala Selangor (140), Klang (136), Shah Alam (133), Petaling Jaya (126) dan Banting (124).

Sementara Nilai di Negeri Sembilan mencatatkan bacaan IPU 127, Jerantut (115) di Pahang, Sri Manjung (140) dan Tasek Ipoh (103) di Perak, Balik Pulau (128) dan Minden (103) di Pulau Pinang, Tangkak (110) di Johor serta Sri Aman (160) di Sarawak.

APIMS turut melaporkan 51 stesen berada pada tahap sederhana antaranya Kangar (82), Langkawi (84), Alor Gajah (91), Kemaman (81) dan Tawau (53).

Untuk info, bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara sihat, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala melebihi 300 berbahaya.

Orang awam boleh merujuk laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar MyIPU di Google Play bagi mendapatkan bacaan IPU terkini pada setiap jam.