Kejohanan Bocce Remaja Asia Oceania: Malaysia sasar dua emas

Razali (dua, kiri) dan Haliza (kanan) di gelanggang kejohanan berkenaan.
Razali (dua, kiri) dan Haliza (kanan) di gelanggang kejohanan berkenaan.
A
A
A

MALAYSIA menyasarkan untuk meraih dua emas bagi kategori individu lelaki serta campuran pada Kejohanan Bocce Remaja Asia Oceania 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 18 (1) yang bermula 13 hingga 17 September ini.

Presiden Persekutuan Boules Bocce Malaysia, Razali Wan Zain berkata, sasaran berkenaan berdasarkan beberapa siri latihan bersepadu dan komitmen serta disiplin dalam kalangan pemain.

"Kejohanan ini pertama kali dipertandingkan di Malaysia untuk kelayakan Kejohanan Dunia 2020 di Rome Itali kelak.

"Kontinjen negara akan diwakili 10 pemain melibatkan lima lelaki dan lima wanita.

"Setakat ini latihan yang kita buat di Kota Bharu dan Terengganu berjalan lancar dan kita harap selain berjaya meraih emas, atlet kita juga berjaya layak ke kejohanan dunia nanti," katanya di sini semalam.

Razali, Haliza
Razali, Haliza

Cabaran Malaysia sebagai tuan rumah bakal disertai Jepun, Mongolia, India, Hong Kong dan Kemboja.

Sementara itu, Pengetua SMK Putrajaya Presint 18 (1), Datin Haliza Hussin menyifatkan pemilihan sekolah berkenaan sebagai venue penganjuran kejohanan berkenaan sebagai sesuatu yang istimewa.

Artikel Berkaitan:

Malah katanya, pihak sekolah juga merancang untuk mengembangkan lagi sukan bocce di sekolah berkenaan.

"Bagi pihak sekolah ini satu keistimewaan apabila sekolah ini dipilih kerana ia pertandingan yang libatkan banyak negara.

"Ini pengalaman pertama untuk kita jayakannya dan harapan saya, kita boleh bantu lahirkan ramai atlet dalam sukan bocce ini," katanya.