Saya juga manusia biasa: Nabila Razali

Nabila Razali
Nabila Razali
A
A
A

PENYANYI dan pelakon yang sedang meningkat naik, Nabila Razali mengakui pernah sentap dan terguris membaca komen atau mesej biadap yang dihantar segelintir netizen kepadanya.

Jelas gadis berusia 26 tahun ini, dia juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan, namun dalam masa menjadikan komen-komen tersebut sebagai pedoman buatnya.

"Awal dulu saya mudah sentap dan terkesan. Sekarang bila baca rasa kelakar, tapi kadangkala bila membaca komen atau mesej yang keterlaluan, saya rasa sedih dan sentap juga.

"Saya pun manusia biasa. Tapi ada yang cakap, lagi jauh kita pergi, lagi macam-macam orang cakap.

"Bagaimanapun komen-komen negatif sebegini membuatkan saya sentiasa ingat asal usul, dari mana saya bermula.

"Cuma kalau ada komen yang merapu sesangat, yang lucah, memang saya akan padam dan terus block," katanya kepada Sinar Harian.

Ditanya mengenai isu mengenai dimaki oleh seorang peminat cilik baru-baru ini, Nabila berkata, dia terkejut apabila dituduh sebagai orang ketiga dalam perhubungan artis yang sebaya dengannya.

"Sejujurnya saya tak tahu tentang hubungan orang lain. Saya terkejut bila dia mesej saya dan marah-marah, dakwa merampas Khai Bahar dari seorang penyanyi.

Artikel Berkaitan:

"Lepas itu dia maki saya dan yang membuatkan saya terkejut dia baharu sahaja berusia 12 tahun.

"Apa yang membuatkan saya berkongsi perkara itu secara umum, adalah kerana nak orang tahu, ada juga insan seperti ini dalam masyarakat.

"Bayangkan dia guna perkataan tidak elok dengan saya, padahal saya lagi tua dan kami tidak mengenali antara satu sama lain.

"Macam mana pula adabnya dengan orang lain? Orang yang dia kenal? Saya tak mahu ia jadi kebiasaan pada dia untuk maki orang yang dia tidak kenali," jelasnya.

Akui Nabila, biarpun dia bukan menjadi satu-satunya selebriti yang pernah melalui perkara itu, namun dia berharap netizen tidak menjadikan perkara itu sebagai satu kebiasaan.

"Lucunya apabila selepas saya block dia, ada lagi yang DM (direct message) saya dan marah kerana saya kongsikan perbualan itu.

"Kemudian dia kata padan muka saya kerana tak dapat masuk AJL (Anugerah Juara Lagu) dan macam-macam lagi," katanya.