Asrama kanak-kanak di Taiping terbakar

Kerja-kerja pemadaman dilakukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Taiping petang tadi.
Kerja-kerja pemadaman dilakukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Taiping petang tadi.
A
A
A

TAIPING - Seramai 28 penghuni Rumah Kanak-kanak Taiping di Jalan Stesyen Hulu di sini terselamat selepas asrama di tingkat dua bangunan itu terbakar hari ini.

Kejadian sekitar jam 5.30 petang itu berlaku ketika semua kanak-kanak berkenaan sedang mengikuti sesi persekolahan petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 5.42 petang dan sebaik tiba, kebakaran hampir 30 peratus dalam dorm di tingkat dua bangunan asrama empat tingkat berkenaan.

"Kebakaran itu telah memusnahkan peralatan seperti almari, katil dan sebahagian dinding bangunan.

"Kerja-kerja 'overhaul' dilakukan bagi memastikan api padam sepenuhnya dan tiada lagi berlakunya kebakaran berulang," katanya.

Menurutnya, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan kerana ketika kejadian bangunan itu tidak berpenghuni.

"Kami dimaklumkan terdapat 28 kanak-kanak menghuni di sini, bagaimanapun ketika kejadian ini berlaku mereka masih berada di sekolah," katanya.

Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 6.30 petang.

Artikel Berkaitan: