Haiwan ternakan berkeliaran dilelong

Lembu antara haiwan ternakan berkeliaran yang ditangkap oleh anggota penguat kuasa.
Lembu antara haiwan ternakan berkeliaran yang ditangkap oleh anggota penguat kuasa.
A
A
A

BESUT- Sebanyak sembilan ekor haiwan ternakan yang ditangkap oleh Majlis Daerah Besut (MDB) akan dilelong kepada orang ramai pagi Selasa ini.

Yang Dipertua Daerah Besut, Abd Rashid Jusoh berkata, haiwan yang disita itu adalah lima ekor kambing dan empat ekor biri-biri yang ditangkap dalam operasi di Kampung Nangka, Kampung Bharu dan Kuala Besut pada 20 Disember lepas.

Menurutnya, lelongan haiwan berkeliaran tersebut akan dibuat di Depo MDB Gong Medang pada jam 9 pagi.

“Kambing dan biri-biri yang akan dilelong itu adalah haiwan yang tidak dituntut oleh pemilik daripada jumlah keseluruhan 23 ekor yang ditangkap dalam operasi tersebut.

“Lelongan dibuat mengikut prosedur ditetapkan iaitu selepas tidak ada tuntutan daripada pemilik dalam tempoh tujuh hari yang dberikan oleh MDB bermula daripada tarikh ia ditangkap,” katanya.

Abd Rashid berkata, harga bidaan yang ditawarkan bagi kesemua haiwan yang akan dilelong itu adalah sebanyak RM1,200 dan keputusan bidaan berdasarkan tawaran harga tertinggi.

Artikel Berkaitan: