Pemuda maut motosikal terbabas

Gambar kecil: Abdul Rahim Daud
A
A

KOTA BHARU - Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang terbabas di Jalan Tok Guru, Pengkalan Chepa di sini pagi tadi.

Mangsa, Mohamad Amirul Haizkal Mokhtar, 26, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mangsa sebelum itu menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari arah Pengkalan Chepa menghala ke Kota Bharu.

“Apabila sampai di tempat kejadian motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu melanggar pembahagi tengah jalan dan tiang lampu.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan kemudian dibawa ke HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia) Kubang Kerian untuk bedah siasat,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia