Bekas eksekutif Malaysian Merchant dipenjara

Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda sebanyak RM9 juta terhadap bekas Timbalan Pengerusi Eksekutif Malaysian Merchant Marine Bhd, Datuk R Ramesh bagi kesalahan mempunyai maklumat dalaman mengenai saham syarikat.

Dalam kenyataan hari ini, Suruhanjaya Sekuriti berkata, seramai 24 saksi memberi keterangan bagi pihak pendakwaan dan pembelaan sepanjang perbicaraan.

R Ramesh, 55, didapati telah melupuskan 10,200,800 saham Malaysian Merchant serta memiliki maklumat yang tidak boleh didapati secara umum iaitu cadangan oleh Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) untuk menurunkan penarafan kreditnya ke atas Al-Bai Bithaman Ajil Islamic Debt Sekurities MMM, yang telah dijadikan maklumat umum oleh MARC pada 4 Feb 2010.

"Ramesh juga didapati memiliki maklumat yang tidak boleh didapati secara umum berkaitan dengan klasifikasi kumpulan itu sebagai syarikat PN17.

"Pelupusan saham-saham Malaysian Merchant dibuat pada 11 Jan, 2010, 19 Feb 19 dan 22, 2010,” tambahnya. - Bernama


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia