'Venezuela tak ancam negara jiran'

Nicolas Maduro
Nicolas Maduro
A
A
A

CARACAS - Presiden Venezuela, Nicolas Maduro berkata, pihaknya tidak berniat mengancam negara jiran susulan latihan ketenteraan besar-besaran berhampiran sempadan Colombia.

Sebaliknya beliau menegaskan latihan itu sebagai persiapan Caracas bagi menghadapi sebarang kemungkinan provokasi pihak luar.

Latihan ketenteraan itu yang bermula semalam hingga 28 September ini mencetuskan kebimbangan kerana Caracas turut menghantar sistem pertahanan udaranya di sepanjang sempadan.

"Kami tidak mengancam sesiapa. Tujuannya semata-mata untuk pertahanan.

"Tentera Venezuela tidak akan menawan mana-mana wilayah negara lain," kata Maduro.

Pada Februari lalu, Caracas menghentikan hubungan dengan Bogota berikutan sokongan mereka terhadap pemimpin pembangkang, Juan Guaido. - Agensi

Artikel Berkaitan: