'Kali terakhir jumpa, dia murung dan sering jatuh'

Rumah yang didiami pasangan suami isteri yang menjaga mangsa sebelum mangsa dilaporkan meninggal dunia.
Rumah yang didiami pasangan suami isteri yang menjaga mangsa sebelum mangsa dilaporkan meninggal dunia.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Datuk kepada kanak-kanak perempuan 2 tahun yang meninggal dunia disyaki akibat didera fizikal dan seksual di sebuah rumah di Kandang dekat sini tidak menyangka cucunya itu dijaga oleh orang lain.

Azmi Kasdar 60-an berkata, dia sebenarnya tidak mengetahui mangsa diserahkan kepada suspek iaitu pasangan suami isteri untuk dijaga dan hanya mengetahuinya selepas insiden kejam menimpa mangsa.

Menurutnya, sejak lahir mangsa telah dijaga oleh beberapa orang termasuk seorang anaknya yang menetap di Melaka.

"Saya sedih dan terkejut, memang tak sangka sebab dia kanak-kanak yang baik cuma kali terakhir kami berjumpa saya nampak dia kelihatan murung dan sering jatuh bila berdiri.

"Bila saya diberitahu ada kesan lebam pada dia dan cara dia pergi begitu tragis, saya terkilan dia pergi dengan cara begitu," katanya.

Tambahnya, dia pernah memberikan pandangan agar cucunya tidak bertukar-tukar penjaga dan paling penting kanak-kanak itu diberikan kasih sayang tanpa ada jurang perbezaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak perempuan maut dipercayai didera

Artikel Berkaitan: