Cipta helikopter dengan guna enjin motosikal, bahan buangan

Chetram Gurjar mempamerkan ciptaannya kepada penduduk kampung di Jhoonpdi di negeri Rajasthan -Foto Russia Today (RT).
A
A

RAJASTHAN - Seorang pemuda dari India menjadi terkenal 'bak selebriti' selepas dia berjaya mencipta sebuah helikopter dengan hanya menggunakan enjin motosikal dan bahan buangan.

Chetram Gurjar mempamerkan ciptaannya kepada penduduk kampung di Jhoonpdi di negeri Rajastan,.

Helikopter yang diberi nama Pawan Putra itu dikatakan mampu terbang pada ketinggian sehingga enam meter (20 kaki) apabila dia menerima kelulusan kerajaan.

Kongsinya, dia mendapat ilham mencipta helikopter itu dalam mimpi.

Akhirnya, dia membeli bahagian enjin motor dan berjaya membuat sebuah helikpoter.

Bagaimanapaun, helikopter itu hanya boleh dinaiki seorang sahaja dengan seberat 400 kilogram.

-Foto Russia Today (RT)
-Foto Russia Today (RT)

Katanya lagi, sebelum ini dia hanya menggunakan satu enjin motosikal sahaja tetapi ia tidak mampu terbang walaupun menggunakan enjin diesel.

Akhirnya, Chetram memasang dua enjin motosikal jenis Honda CBZ dan ia mampu terbang.

Namun untuk pesawat itu terbang memerlukan kebenaran dari kerajaan.

Malah jika dia mendapat sokongan daripada pihak kerajaan, dia yakin mampu membuat helikopter itu dengan lebih baik.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia