OMNI terbukti penuhi keperluan maya

OMNI terus menjadi pilihan kerana memenuhi keperluan urusan telefon perniagaan dan mengendalikan proses lebih efisien dengan langganan RM69 sebulan.
OMNI terus menjadi pilihan kerana memenuhi keperluan urusan telefon perniagaan dan mengendalikan proses lebih efisien dengan langganan RM69 sebulan.
A
A
A
TERBUKTI aplikasi mudah alih, Omni terus menjadi pilihan kerana memenuhi keperluan urusan telefon perniagaan dan mengendalikan proses lebih efisien dengan langganan RM69 sebulan.

Bukan sahaja berfungsi sebagai penyambut tetamu maya yang interaktif, Omni menyediakan nombor talian tetap pejabat yang beroperasi sepenuhnya dengan telefon pintar yang boleh menghubungkan terus kepada pekerja atau jabatan berkaitan.

Menurut Ketua Pegawai Digital Digi, Praveen Rajan, pendigitalan tidak seharusnya merumitkan, sebaliknya proses tersebut boleh membawa banyak manfaat kepada pemilik perniagaan yang berani meneroka teknologi itu.

“Dengan penggunaan penyelesaian digital seperti Omni, kami berharap pemilik perniagaan mampu memperkemaskan lagi proses pengurusan perniagaan mereka sekali gus menjadikan proses lebih efisien.

“Perkhidmatan ini juga tidak memerlukan sebarang pemasangan alatan tertentu atau integrasi perisian yang kompleks dan pelbagai kos penyelenggaraan lain,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Glowing Concept Sdn Bhd, Datuk Muhamad Nasron berkata, pihaknya melanggan perkhidmatan Omni selepas menyedari bahawa pelanggan mereka menghadapi kesukaran untuk menghubungi kedai cawangan dan bahagian yang sepatutnya.

“Hal tersebut telah menimbulkan kesulitan kerana untuk mendapatkan jualan yang lebih banyak, mereka haruslah mudah dihubungi oleh semua pelanggan sama ada yang baharu atau yang sedia ada.

“Timbul kesedaran mengenai keperluan untuk melakukan proses pendigitalan bagi memudahkan urusan di bahagian jualan dan operasi perniagaan memandangkan kedua-dua bahagian ini adalah sumber utama pendapatan syarikat,” katanya.

Artikel Berkaitan: