Sancho pahat sejarah baharu England

Sancho meledakkan dua gol ketika membantu England meraih kemenangan 5-3 ke atas Kosovo pada aksi Kumpulan A Kelayakan Euro 2020 awal pagi tadi.
Sancho meledakkan dua gol ketika membantu England meraih kemenangan 5-3 ke atas Kosovo pada aksi Kumpulan A Kelayakan Euro 2020 awal pagi tadi.
A
A
A

JADON Sancho muncul pemain termuda menjaringkan gol buat England selepas dua jaringannya membantu The Three Lions mengatasi Kosovo 5-3 pada aksi Kumpulan A Kelayakan Euro 2020, awal pagi tadi.

Pada perlawanan itu England bermula longlai apabila selepas dibolosi seawal minit pertama hasil jaringan Valon Berisha sebelum Three Lions bangkit meraih kemenangan menerusi jaringan penyamaan Raheem Sterling, Harry Kane dan gol sendiri oleh Mergim Vojvoda yang menyaksikan England memimpin perlawanan 3-1 pada minit ke-38.

Penghujung babak pertama perlawanan, giliran Sancho muncul sebagai bintang Three Lions selepas pemain Borussia Dortmund itu meledakkan dua gol pada minit ke-44 dan masa tambahan sekali gus mengukuhkan kedudukan England 5-1.

Bersambung babak kedua, England gagal menambah jaringan sebaliknya Kosovo bangkit merapatkan jurang kedudukan hasil dua gol Berisha pada minit 49 dan sepakan penalti Muriqi minit ke-55.

Kemenangan itu menyaksikan England terus selepas di puncak Kumpulan A dengan meraih 12 mata selepas mengharungi empat perlawanan.

Kejayaan Sancho meledakkan dua gol pada perlawanan itu turut mengangkat pemain berusia 19 tahun itu menjadi pemain England termuda menjaringkan lebih daripada satu gol dalam perlawanan selepas Wayne Rooney melakukannya ketika menentang Croatia pada Jun 2004 yang ketika itu berusia 18 tahun.

Sebelum ini Sancho mempamerkan prestasi menakjubkan mana pada musim pertama di Bundesliga tahun lalu apabila bekas pemain akademi Manchester City itu mencetak 12 gol dan 14 bantuan gol buat Borussia Dortmund.

Artikel Berkaitan: