Polis Melaka buka dua kertas siasatan

Shahrul Lailli (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Raja Shahrom ketika Majlis Perbarisan dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Melaka dan Pengerusi PERKEP Kontinjen Melaka di IPK Bukit Beruang.
Shahrul Lailli (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Raja Shahrom ketika Majlis Perbarisan dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Melaka dan Pengerusi PERKEP Kontinjen Melaka di IPK Bukit Beruang.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Polis Melaka membuka dua kertas siasatan mengenai insiden salah faham membabitkan kumpulan remaja dan anggota polis di Klebang di sini baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku awal pagi 1 September lalu turut membabitkan anak seorang ahli politik di Melaka serta anggota polis termasuk anggota polis Bukit Aman.

Ketua Polis Melaka, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, dua kertas siasatan yang dibuka dan sedang dijalankan iaitu membabitkan Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, sepanjang proses itu juga beberapa individu turut dipanggil termasuk dalam kalangan ahli politik untuk mengambil keterangan bagi melengkapkan siasatan.

"Dua kertas siasatan telah dibuka kerana dakwaan adanya berlaku kekasaran dan siasatan berjalan serentak.

"Siasatan yang dijalankan termasuk memanggil beberapa lagi individu untuk diambil keterangan,” katanya di sini hari ini.

Raja Shahrom menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Shahrul Lailli pada majlis itu.
Raja Shahrom menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Shahrul Lailli pada majlis itu.

Artikel Berkaitan:

Raja Shahrom berkata demikian pada Majlis Perbarisan dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Melaka dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Polis (PERKEP) Kontinjen Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka (IPK) Bukit Beruang di sini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Cawangan Khas I, Bukit Aman, Datuk Rosly Abas dan Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Shahrul Lailli Masduki.

Terdahulu, kejadian anak seorang ahli politik mendakwa diserang tanpa sebab oleh anggota polis yang sedang membuat sekatan jalan raya dalam kejadian di Klebang pada September lalu tular di media sosial baru-baru ini.

Insiden itu turut membabitkan beberapa remaja lain yang mendakwa mereka juga dipukul hingga menyebabkan kecederaan, manakala polis turut mendakwa anggotanya mengalami kecederaan ringan termasuk di jari akibat insiden berkenaan.