Jemaah perlu bayar RM350 untuk visa umrah

Razali (tengah) bersama Jeffri (kiri) dan Helmi pada sidang akhbar bagi memperjelaskan mengenai bayaran visa umrah di Bilik Mesyuarat PAPUH petang tadi.
Razali (tengah) bersama Jeffri (kiri) dan Helmi pada sidang akhbar bagi memperjelaskan mengenai bayaran visa umrah di Bilik Mesyuarat PAPUH petang tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Jemaah yang mendaftar bagi mengerjakan umrah musim 1441 Hijrah dikenakan bayaran sebanyak RM350 untuk yuran visa selepas diperkenalkan buat kali pertama oleh Kerajaan Arab Saudi semalam.

Presiden Persatuan Pelancongan, Umrah dan Haji (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, yuran visa Kerajaan Saudi itu bukan hanya untuk jemaah Malaysia sebaliknya melibatkan jemaah seluruh dunia.

Menurutnya, berdasarkan statistik dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada 2 Jun lalu menunjukkan Malaysia adalah negara kelapan teramai mengerjakan umrah membabitkan 274,066 jemaah.

"Sehubungan itu, PAPUH yang mempunyai 500 syarikat pelancongan Bumiputera yang menceburi sektor umrah dan haji mahu memperjelaskan kepada jemaah mengenai perkara ini bagi mengelak sebarang kekeliruan atau salah faham.

"Caj bagi visa ini adalah RM350 bersamaan SAR300 dan patut dibiayai jemaah sendiri kerana ia tidak termasuk dalam kos pakej sedia ada.

"Pakej yang ada sekarang telah dibuat pra tempahan dan sudah dibayar. Visa ini baharu diumumkan pada 10 September," katanya pada sidang akhbar di bilik mesyuarat PAPUH hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kehormat PAPUH, Datuk Jeffri Sulaiman dan VP Industri, Datuk Helmi Daud.

Artikel Berkaitan:

Razali (tengah) bersama Jeffri (kiri) dan Helmi pada sidang akhbar bagi memperjelaskan mengenai bayaran visa umrah di Bilik Mesyuarat PAPUH petang tadi.
Razali (tengah) bersama Jeffri (kiri) dan Helmi pada sidang akhbar bagi memperjelaskan mengenai bayaran visa umrah di Bilik Mesyuarat PAPUH petang tadi.

Razali berkata, kadar bayaran visa itu diyakini tidak membebankan jemaah berbanding harga visa mengunjungi negara lain yang lebih mahal.

Menurutnya, Kerajaan Arab Saudi turut memperkenalkan sistem pendaftaran visa umrah secara atas talian dengan kelulusan dalam tempoh 30 minit.

"Jemaah sendiri boleh menyemak kelulusan visa umrah masing-masing di laman web berkenaan. Jumlah jemaah Malaysia yang mengerjakan umrah juga meningkat setiap tahun.

"Bayaran visa ini tidak akan memberi kesan terhadap harga pakej umrah musim akan datang kerana ada penurunan harga tiket kapal terbang.

"Pada masa sama Kerajaan Arab Saudi turut mengumumkan pemansuhan bayaran RM2,300 (SAR2,000) kepada jemaah yang ingin mengerjakan umrah berulang setiap tahun," katanya.