Nova 5T miliki cip AI pertama dunia

MATTHEW (tiga dari kiri) bersama Pengarah Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei Malaysia, Bill Liu (empat dari kanan) menunjukkan model Huawei Nova 5T.
MATTHEW (tiga dari kiri) bersama Pengarah Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei Malaysia, Bill Liu (empat dari kanan) menunjukkan model Huawei Nova 5T.
A
A
A

SOFISTIKATED dan lebih diyakini! Reka bentuk telefon pintar keluaran siri Nova terbaharu Huawei, Nova 5T yang dijual dengan harga RM1,599 ternyata mampu memberikan anjakan paradigma buat para pelanggannya.

Sejak dahulu lagi, kualiti foto hasil bidikan telefon Huawei memang terkehadapan.

Sekali lagi, jenama itu yang memproduksi Nova 5T memberi inspirasi untuk merakam momen terindah dengan keistimewaan lima kamera kecerdasan buatan (AI).

Percayalah foto yang terhasil saling tidak tumpah seperti 'air tangan' jurugambar profesional.

Berdasarkan spesifikasinya, peranti pintar itu didatangkan dengan empat kamera quad terdiri kamera utama dengan saiz 48MP, kamera ultra lebar 16MP, kamera 2MP makro dan kamera kedalaman 2MP pada bahagian belakang.

Kamera swafoto yang berkapasiti 32MP itu cukup signifikan diletakkan pada bahagian depan telefon pintar itu sekali gus menjadi satu keunikan tersendiri jenama tersohor tersebut.

REKAAN terbaharu dengan cip Ai pertama di dunia.
REKAAN terbaharu dengan cip Ai pertama di dunia.

Tambah menarik, Huawei Nova 5T juga mempunyai Mod Super Night AIS yang membolehkan pengguna mengambil gambar dalam keadaan cahaya rendah atau malam dengan kualiti yang terbaik.

Artikel Berkaitan:

Kamera swafoto yang direka khas ‘terlindung’ di bawah paparan bersaiz 6.26 inci itu turut berupaya memberikan pengalaman menonton secara semula jadi dan sempurna.

Justeru, pengguna boleh mengambil gambar swafoto dengan sudut terbaik tanpa halangan!

Bercakap mengenai kecanggihan peranti pintar itu, Timbalan Pengarah Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei Malaysia, Matthew Ng berkata, Nova 5T menggunakan set cip terunggul HUAWEI bersaiz tujuh nano meter (7nm) pertama di dunia.

Dual NPU miliknya pula dilengkapi 8 gigabait (GB) RAM dan 128GB ROM yang terdiri daripada teknologi penyimpanan ultra pantas UFS 2.1.

“Dengan dual NPU set chip, ia membolehkan ciri-ciri seperti Spotlight Reel yang secara automatik boleh menganalisis video RAW yang dirakam pengguna dan dapat mengenal pasti suntingan terbaik untuk menghasilkan video klip berdurasi 10 saat sehingga 15 saat,” katanya sempena Majlis Pelancaran Global Huawei Nova 5T yang turut dihadiri Pengarah Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei Malaysia, Bill Liu di Planery Hall KLCC baru-baru ini.

MATTHEW memberi penerangan mengenai pelancaran Nova 5T di Planery Hall KLCC.
MATTHEW memberi penerangan mengenai pelancaran Nova 5T di Planery Hall KLCC.

Sebelum majlis tersebut, model terbaharu Huawei itu turut mencuri tumpuan ramai apabila didedahkan kepada umum buat pertama kalinya sempena Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2019 yang berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Matthew berkata, Huawei Nova 5T dikuasakan dengan bateri 3750mAH sehingga 7500 mAh dan dilengkapi dengan teknologi SuperCharge 22.5W yang mampu mengecaj sehingga 50 peratus hanya dalam masa 30 minit.

Peranti pintar itu juga dilengkapi dengan versi EMUI 9.1 yang terkini bagi meningkatkan kualiti hidup pengguna melalui pengalaman baharu yang berfokus pada hiburan di mana-mana sahaja.

Kepada kaki game, Huawei Nova 5T dilengkapi GPU Turbo 3.0 Optimizes yang meningkatkan prestasi anda saat bermain.

Fungsi tersebut pada masa sama memberi peluang kepada golongan itu bermain permainan dalam talian dengan lebih lancar dan paling signifikan, mengurangkan penggunaan tenaga bateri.

Sebagai tanda terima kasih kepada para peminatnya seantero dunia, syarikat multinasional teknologi China itu menawarkan jaminan waranti dengan tambahan setahun lagi kepada pengguna yang membeli peranti itu bermula 29 Ogos sehingga 31 September depan.

MODEL terbaharu Huawei itu turut mencuri tumpuan ramai apabila didedahkan kepada umum buat pertama kalinya sempena Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2019 yang berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur.
MODEL terbaharu Huawei itu turut mencuri tumpuan ramai apabila didedahkan kepada umum buat pertama kalinya sempena Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2019 yang berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur.

Kali ini, ia bukan sahaja menawarkan hadiah menarik untuk pra pembelian Nova 5T, pengguna turut diraikan dengan pelbagai ganjaran dan kelebihan termasuk peluang menebus tawaran promosi melalui Member Centre App dan Program Level-Up.

Huawei turut melancarkan tablet terbaharu, MediaPad M5 Lite dengan harga RM1,299 yang dilengkapi dengan skrin IPS HD bersaiz 10.1 inci dan pembesar suara quad Harman Kardon.