Mangsa ribut di Sabak Bernam akan terima bantuan

Keratan portal Sinar Harian semalam.
Keratan portal Sinar Harian semalam.
A
A
A

SABAK BERNAM - Kerajaan Selangor akan menyalurkan bantuan kepada mangsa ribut di beberapa kawasan di daerah Sabak Bernam dalam masa terdekat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Ahmad Mustain Othman berkata, bantuan itu tentunya memberi kelegaan kepada mangsa ribut di kawasan itu selepas rumah mereka mengalami kerosakan teruk.

"Alhamdulillah ada khabar gembira cek bantuan bencana ribut sudah diserahkan kepada Unit (Pengurusan) Bencana Negeri (Selangor).

"Terima kasih kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari," katanya yang memuat naik status di laman Facebooknya semalam.

Ahmad Mustain berkata, sehingga kini penduduk masih menanti bantuan yang dijanjikan.

Semalam Sinar Harian melaporkan, mangsa ribut dan angin kencang yang melanda beberapa kawasan di Dewan Undangan Negeri Sabak sehingga mengakibatkan kebanyakan rumah rosak teruk masih belum menerima bantuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa ribut 'menangis' tunggu bantuan

Artikel Berkaitan: