RM11.45 juta dadah dilupuskan

Roslan menunjukkan antara dadah yang akan diluluskan kepada Johari di Seremban.
Roslan menunjukkan antara dadah yang akan diluluskan kepada Johari di Seremban.
A
A
A

SEREMBAN – Pelbagai jenis dadah bernilai RM11.45 juta dilupuskan di Pusat Kualiti Alam Sdn Bhd, Sendayan di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Roslan Bek Ahmad berkata, dadah yang juga barang kes Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur itu membabitkan 5,065 kes antara tahun 1994 hingga 2018 yang sudah selesai perbicaraan.

“Antara dadah yang dilupuskan ialah kanabis seberat 345,128 gram, monoacetylmorphine 132.70 gram, heroin 20,103 gram, campuran heroin dan monoacetylmorphine 1,855.50 gram dan methamphetamine 17,480 gram.

“Anggaran berat keseluruhan dadah berkenaan ialah 397,049.35 gram dan 36,221 mililiter air ketum (mitragynine) dan codeine,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan dan pelupusan dadah di sini.

Roslan (kiri) menunjukkan antara dadah yang dilupuskan.
Roslan (kiri) menunjukkan antara dadah yang dilupuskan.

Menurutnya, bagi mematuhi kehendak piawaian alam sekitar, pihaknya telah menggunakan khidmat dan kepakaran syarikat Kualiti Alam dengan menggunakan fasiliti terbaru iaitu Loji Penunuan yang dapat menghasilkan tenaga baharu, teratur serta tiada pencemaran.

"Pelupusan dilakukan bagi mengelak tempat penyimpanan menjadi padat selain barang kes dirosakkan makhluk perosak.

“Ia juga merupakan satu cara menjalankan audit ke atas barang kes dadah yang dirampas dan selesai perbicaraan untuk dilupuskan mengikut proses ditetapkan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Pengarah Urusan Cenviro, Dr Johari Jalil dan pemangku Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Sharifah Zakiah Syed Sahab.