Kemelut rumah tangga: Nina Fazurina beri ruang kepada suami

Nina Fazurina dan suaminya, Muhammad Haykal Zulkifli.
Nina Fazurina dan suaminya, Muhammad Haykal Zulkifli.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pelakon, Nina Fazurina memberi ruang kepada suaminya, Muhammad Haykal Zulkifli dalam menentukan hala tuju rumah tangga mereka.

Perkara itu dimaklumkan Nina atau nama sebenarnya Siti Fazurina Mohd Famir di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Ahmad Muttaqi Ismail pada sebutan kes hari ini.

Nina Fazurina, 37, memfailkan permohonan cerai sekitar Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Nina Fazurina tidak menolak sekiranya jodoh bersama Muhammad Haykal masih panjang.
Nina Fazurina tidak menolak sekiranya jodoh bersama Muhammad Haykal masih panjang.

Di luar mahkamah Nina Fazurina berkata, mahkamah membenarkan ruang perbincangan namun tarikh akan datang belum ditetapkan.

Ditanya mengenai punca pergolakan dalam rumah tangga, pelakon drama Dunia Anita itu enggan mengulas lanjut.

"Kami sebenarnya bersahabat baik. Masih tinggal bersama cuma untuk menjadi suami isteri itu biar saya, dia dan Tuhan sahaja yang tahu," katanya tidak menolak sekiranya jodoh bersama Muhammad Haykal masih panjang.

Terdahulu, Muhammad Haykal, 38, memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia dan isterinya bekerjasama dalam syarikat produksi mereka sehingga hujung September ini.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini media melaporkan perkahwinan pasangan ini menjadi kontroversi selepas perkahwinan berwalikan bapa saudara Nina Fazurina tanpa pengetahuan keluarga yang diadakan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 20 Disember 2012.

Nina dan Hykal dinikahkan semula pada 20 Mac 2013 dengan diwalikan adik kandungnya.

Sehingga kini, Nina fazurina memfailkan permohonan cerai tiga kali yang mana dua daripadanya ditarik semula.