‘GGR Machine tak ubah suai untuk lumba’

Muhammad Musaddiq (kanan) bersama jutawan kosmetik, Datuk Alif Shukri ketita menjayakan konvoi motosikal membantu golongan gelandangan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Muhammad Musaddiq (kanan) bersama jutawan kosmetik, Datuk Alif Shukri ketita menjayakan konvoi motosikal membantu golongan gelandangan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat pembekal, alat ganti dan aksesori motosikal GGR Machine menafikan syarikat itu melakukan modifikasi Yamaha 15ZR atau Ysuku untuk tujuan perlumbaan haram.

Pengurusnya, Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi berkata, pengubahsuaian keselesaan untuk pemiliknya menggunakan jentera dua roda itu untuk aktiviti harian dan rekreasi.

“Ada yang minat pasang dan tukar aksesori dan tindakan itu tidak harus dipandang negatif malah sebenarnya ia mampu menghimpunkan kumpulan motosikal yang besar menjayakan program kemasyarakatan."

“Mungkin ramai beranggapan Ysuku hanya diubah suai untuk kecantikan maka kini persepsi itu harus diubah,” katanya.

Menurutnya, biarpun ia menjadi trend golongan belia dan dikaitkan dengan mat rempit namun pihaknya mahu mengubah pandangan itu.

Malah, katanya, motosikal itu juga semakin mendapat tempat dan selebriti seperti Ajak Shiro termasuk jutawan, Datuk Alif Shukri juga mahu menjadi salah seorang pemilik Ysuku kerana ia mempunyai nilai tersendiri.

“Saya dan Mohamad Alqamah Mohamed Azmi serta sahabat Wan Azizan Abdul Rahman berusaha membentuk kumpulan bikers yang mencintai program kemasyarakatan,” katanya.

Difahamkan GGR Machine merancang mengadakan program bersama masyarakat orang asli.“Kita mahu membuka mata semua pihak bahawa golongan ini bukan mat rempit kerana mereka terlibat dalam program tanggungjawab sosial membantu orang yang memerlukan,” katanya.

Sebelum ini, Ysuku berada dalam senarai pemerhatian polis berikutan trend golongan belia yang gemar mengubah suai motosikal itu tanpa mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan.

Artikel Berkaitan: